Monday, April 14, 2014

A day after midsem break

Assalamualaikum...


baru lpas buka blog ni.. tiba-tiba rasa macam nak menaip even macam tak ada cerita menarik... -.-
Sebenarnya fara baru sampai Perlis... dalam pukul 6.20 pagi tadi... even dah tido tak tentu arah dalam bas tu
badan still letih.. so lepas je solat Subuh... terus pasang cadar. ambil bantal dalam loker.. keluarkan bear 
dalam beg... finally.. dapat la fara menghempaskan badan ke katil~ Ya Allah.. nikmatnye tidur berbaring dari terduduk 9 jam dalam bas tuh!

tapi pukul 8 dah kne bangun balik ... :(
sebab pukul 10 pgi ada kelas.. and bas pukul 9 pagi. nak siap2 lagi kan...
fara cuba menggagahkan diri untuk pergi gak kelas smpai ke petang...
Lastly... dalam kelas pun fara boleh terbongkang!! rutin kat kampus hari ni.. 
makan, masuk kelas, tidur! ish3... anak siapa ni???

tadi juga try call company yg fara minta interview...
dah seminggu kan...
nak tahu la dapat ke dah reject sebenarnya...
kalau dah reject cer cakap awal2... kita boleh prepare usaha company lain pula... kan??
lagi pun memang U bagi masa sampai hujung bulan 4 ni untuk confirmkan mana2 company yg dah bagi offer..
call la dengan harapan HR lelaki melayu yang call haritu la angkat..
sebab dia macam ramah sikit... so rasa selesa la kan..
last2 chinese girl yang angkat...
punya la dah semnggu fara tunggu.. dia cakap untuk result interview kena tunggu  two weeks more!?
stresss nya dengar... awat lama sangat nak proses? berapa ribu student dia interview...?
tak apa lah.. mood hilang

sampai sekarang still rasa pening lagi... maybe sebab tidur overdoseeee.... haha
ok lah.. nak out.. kalau rajin nak siapkan assignment ... KALAU RAJIN.

hehe... papai~

Ending cerita Doraemon

Assalamualaikum.....

tadi dok online terjumpa satu post dok cerita  pasal ending cerita Doraemon...
a ah ek... cerita ni dah lama gila an always be favourite tak kira umur...
even mak and ayah fara pun suka je tengok... hehe
bagi fara, tak semua cerita kartun tu tak berfaedah,
so cerita Doraemon ni buka sikit mata kita as manusia banyak benda and teknologi kita boleh cuba create
even kadan-kadang macam tak logik je kan...
tapi kalau teknologi baru biasanya datang dari angan-angan yang gila atau tidak masuk akal...
macam adik beradik wright dulu.... siapa percaya manusia boleh sampai ke langit kan...

tapi tadi cerita ni dia just bagi link kat facebook.. bila fara klik rupanya link blog
baru je abis loading terus gelap! -.-rupanya kena klik like dulu baru boleh baca
actually paling benci blog2 macam ni.... buang feel je nak baca...
nanti kalai like page bukan2 je... kan?
so fara Google sendiri and share la jugak kat korang... hehe....
jom layan ending Doraemon ni.. sedih taw!! tapi sangat bagus sebab finally Nobita tu berubah juga and berusaha sendiri...

sangat betul, kadang-kadang manusia tu boleh berubah jadi apa pun demi orang yang dia sayang kan.. ^^



















Friday, April 11, 2014

Interview INTERN di Muhlbauer Technology

Assalamualaikum....

hari ni fara nak nak cerita tentang interview fara kat Muhlbauer Technology..
haisg budak ni... post2 sebelum ni guna aku, ni guna nama pula...
hehe.. anda kena faham situasi menaip berdasarkan mood... :P



actually fara nak sebut nama company tu pun seksa gak.. tak tahu lagi mcm mana nak pronounce betul2
fara dpt call suruh datang interview and masa tu still lagi kat Perlis
then, HR tu arrange buat interview masa fara cuti midsem
and it held on 7 April 2014 on 4.30pm

before pergi interview tu selfie itu perlu.. ;)
Disebabkan fara xada kasut bertutup yg sopan... terpaksa lah beli baru kan.. hehe
ada offer tau!! normal price RM89.90---- after offer just RM52 :)
my file for interview.. dah call HR tu dia cakap bwk transkript je...
tapi fara letak juga la sikit2 sjil.. nnti xbest org tu nak selak.. hehe


fara sampai pukul 4.00pm.. hehe.. ok lah kan awal2..
masuk je guard tahan, tanya sebab fara datang kat situ
dah explain, kena isi buku log, then dia bagi satu borang..
omaigod... pen tak bawak!!! bawak fail je... -.-
last2 tebalkan muka pinjam pen guard tu nak bwak masuk..
selamat la bangla tu bagi.. hehe

masuk je dalam tu, i dok isi la borang tu
isi la macam mana kita letak dalan resume kan....
actually cuak juga sebab kawan fara pernah pergi interview situ..
kawan fara pointer dekan kot.. tapi still tak lepas...
sebab dia tanya pasal akademik juga (mean soalan yg korang belajar kat u)

lepas tu, ada sorang pakcik ni datang, maybe HR yg call haritu la kot.
dia explain, nanti tunggu yang interview tu panggil. nama dia En. Borhan
dia tnya tahu baca drawing tak? blur sekejap.. sebab kat u bukan belajar 1 drawing je kan?
pastu dia tanya tahu guna multimeter tak? -.- bila last guna?
as Microelectronic engineering student of course la pernah...
then, dia cakap kat dalam nanti make sure cool and relek je.. jgn gelabah2 .. huhu
bagus betul dia bagi ko semangat kan...
lastly dia suruh isi borang tu dan serahkan dokumen2 resume yg fara pos nak apply intern kat situ
dia cakap nanti bagi kat En Borhan tu...// hehee.... ok ^^

Then pukul 4.30 ptg tepat. En. Borhan datang and suruh masuk dalam bilik interview tu..
ok.. my interview berjalan selama 40 minit!!! lama tak..? ayah fara pun penat dok tgu dari pukul 4pm sampai la pkul 5.10pm

oke.. dia bnyak tanya pasal basic electrical system  concept. and basic symbol
hampir semua juga fara kantoi tak dapat jawab :( sebab prepare yg electronic je...
tak sangka dia tnya pasal electric juga... but just do it~
btw, kalau mechanical pun diorang cakap dia akan suruh explain drawing juga..
ok.. fara xtahu drawing meka mcm mana.. dont ask.. hehe

sekarang xtahu lagi dapat ke tak. kena tunggu 2 minggu lagi...
hope dapat la even interview macam apa je kan....



Monday, March 31, 2014

Ku celaru....

Assalamualaikum...


aku tak tahu nak cerita apa tapi aku nak menaip.... actually fikiran aku tengah runsing
tak tahu apa yang sebenarnya yang aku fikirkan
assignment banyak tapi mood xterlayan....

bila buka Facebook ramainya kawan-kawan aku dan post2 yang berkaitan dengan 'perkahwinan'
tengok gambar2 mereka bahagianya.....
oke.. dulu aku tengok juga gambar kahwin diorang tapi tanpa perasaan..
it's like.. ok .. gambar kahwin. dari aku tengok riak muka pengantin aku more menjadi pengkritik kepada baju dan majlis pelamin mereka.. hehe

tapi sekarang.. rasa lain... tiba-tiba rasa macam terngin nak kahwin juga??? hahaha.. adakah aku tengah mood gatal atau miang sebenarnya???? aku sendiri tak tahu nak interprate. 
mungkin juga disebabkan umur aku yang da menginjak 22 tahun. standard perempuan kahwin 23 tahun ..
yeke......?

aku percaya pada jodoh Allah, mungkin jodoh aku tak sampai lagi.. just kadang2 tak tahu kenapa aku rasa risau..?
mungkin aku takut. jodoh aku bukan seperti yang aku harapkan? berdosa rasa diri fikir macam tu.. macam tak terima Qada dan Qadar Allah... :( apakan daya... sebagai manusia biasa.. benda2 macam tu tetap aku rasa.... 


oke lah.. dari aku terus mengarut dengan bahasa skema.. baik aku berambus~
papai....
Powered by Blogger.